

Pelan strategik Apple dengan memperkenalkan 3 model telefon pintar pada tahun lepas tampak seperti akan diteruskan pada tahun ini.
Menurut Laporan daripada Wall Street Journal, Apple dikatakan akan mengeluarkan 3 model telefon pintar yang mana salah satunya akan menggunakan skrin LCD seperti yang telah diguna pakai pada iPhone XR.
Dilaporkan, Apple akan menyertakan ciri kamera terbaharu di dalam model terbaharu, ini termasuklah 3 kamera belakang pada versi paling premium manakala 2 lagi model menggunakan dwi kamera belakang.
Namun ini semua terlalu awal kerana ia masih pada peringkat awal dan mungkin terdapat perubahan pada masa akan datang. Apple juga masih tidak mengeluarkan sebarang kenyataan. Jadi sama-sama kita tunggu.
Baca juga:
- Apple Mempatenkan Rekaan Peranti Pintar Dengan Paparan Skrin Boleh Lipat
- Apple Akhirnya Tampil Paparan Skrin Berlubang Pada iPhone 2020?!
- Potongan Harga Apple iPhone XR Di Lazada – Bermula RM3,499
- IPhone XR Adalah Model Paling Laris Sejak Dilancarkan – Apple
- Apple Bakal Menghasilkan Semula iPhone X, Kurangkan Pengeluaran iPhone Xs & Xs Max

