
Spesifikasi OPPO Reno2 Terdedah – Sokong Snapdragon 730G + Bateri 4,000 mAh + RAM 8GB
Sebelum ini kami pernah berkongsi berita mengenai kemunculan pendatang baru OPPO iaitu OPPO Reno2. Peranti ini dikatakan bakal diperkenal pada 18 Ogos kelak dalam sebuah acara pelancaran dijadualkan berlangsung di India.

Terbaru, terdapat maklumat mendedahkan spesifikasi mengenainya telah tertiris di media sosial. Memetik 91 Mobiles, OPPO mengesahkan bahawa OPPO Reno2 bakal dilengkapi paparans skrin bersaiz 6.55″ AMOLED dengan nisbah skrin ke badan sebanyak 93.1%. Ia bakal menggunakan lapisan Corning Gorilla 6 sebagai pelindung utama.

Enjin dalaman peranti akan dikuasakan oleh cip pemproses Snapdragon 730G dan disokong RAM sebesar 8GB serta storan 256GB. Melengkapinya, bateri berkapasiti 4,000 mAh dengan sokongn VOOC 3.0 melalui USB Type-C. Antara ciri menarik lain termasuk Frame Boost 2.0, Touch Boost 2.0 dan Link Boost.
Pun begitu, sumber mengatakan syarikat berkenaan masih berteka-teki mengenai persediaan kamera pada OPPO Reno2. Namun, bertiup khabar angin sebelum ini mendedahkan ia berkemungkinan membawakan lensa 48MP + 13MP + 8MP + 2MP pada belakang dan kamera selfie sebesar 16MP.

Pendatang baru OPPO ini dilihat menarik – dikatakan mempunyai penambahbaikan ketara di mana keupayaan zoom untuk kamera kali ini dipertingkatkan kepasa 20x zoom digital. Adakah ianya benar? Sama-sama kita tunggu dan lihat! Stay tuned!

