
INILAH YANG DITUNGGU-TUNGGU! Samsung Galaxy Note 10 nampaknya berjaya menarik perhatian ramai sejak kemunculan rasminya pada 7 ogos lepas. Lebih mengujakan a pra-tempahan untuk peranti ini juga sudah habis ditempah!
Seiring itu, Samsung kini menambah kegembiraan ramai apabila memaklumkan bahawa mereka bakal mengadakan roadshow besar-besaran yang dijadualkan berlangsung bermula 23 – 25 Ogos 2019 di beberapa lokasi terpilih seperti berikut :
| LOKASI | MASA |
|
Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur |
10:00am – 10:00pm |
|
Mid Valley Southkey, Johor Bahru, Johor |
10:00am – 10:00pm |
|
Queensbay Mall, Penang |
10:30am – 10:30pm |
|
East Coast Mall, Kuantan, Pahang |
10:00am – 10:00pm |
|
IMAGO Shopping Mall, Kota Kinabalu, Sabah |
10:00am – 10:00pm |
Lebih menarik, roadshow ini menawarkan sejumlah tawaran dan hadiah percuma menarik bernilai sehingga RM1,248 – termasuklah Galaxy Watch Active, Battery Pack dan Screen Protection Plus.
| Galaxy Note10 (256GB) | Galaxy Note10+ (256GB) | Galaxy Note10+ (512GB) |
| Galaxy Fit + Screen Protection Plus bernilai RM649 | Galaxy Fit + Battery Pack +Screen Protection Plus bernilai RM818 | Galaxy Watch Active + Battery Pack + Screen Protection Plus bernilai RM1,248 |

Pada masa sama, pengunjung juga berpeluang menikmati rebat tambahan berjumlah RM1,000 untuk setiap pembelian kedua mana-mana Galaxy Note 10 (dalam satu resit yang sama) – siapa cepat dia dapat!
Jom datang beramai-ramai! Jangan lupa ajak rakan taulan dan keluarga pakat mai bagi meriah! Untuk pengetahuan, Samsung Galaxy Note kini ditawarkan untuk pasaran tempatan pada harga seperti di bawah :
- Samsung Galaxy Note 10 (256GB) – RM3,699
- Samsung Galaxy Note 10+ (256GB) – RM4,199
- Samsung Galaxy Note 10+ (512GB) – RM4,799

