
OPPO F9 sejak dilancarkan terdapat banyak promosi hebat, selain ganjaran wang tunai RM999 sempena hari Merdeka, OPPO Malaysia sekali lagi menawarkan harga menarik untuk peminat OPPO.
Baca Juga: Reviu Eksklusif: OPPO F9, 5 Fokus Utama Di Bawah RM1,399!
Berkerjasama dengan rakan kongsi atas talian Senheng dan senQ, OPPO F9 (RM1,399) boleh dimiliki melalui pelan menarik “IPP x 24 Months” di mana hanya perlu bayar RM58.29 sebulan. Tambahan lebih menarik lagi, setiap pembelian pra-tempahan di Senheng dan senQ juga akan mendapat hadiah percuma bernilai RM299, termasuk Tumbler edisi terhad F9, Bluetooth speaker dan kad keahlian O-club.
**Tertakluk kepada terma dan syarat
Pelanggan yang membuat pra-tempahan melalui Senheng atau senQ boleh mengambil peranti mereka pada hari jualan pertama iaitu 30 Ogos 2018. Pra-tempahan ini boleh dibuat melalui kedai dalam talian atau ke cawangan Senheng dan senQ di seluruh negara.
Pra-tempahan OPPO F9