
Dron Penerbangan Pertama Dari Xiaomi
Pengasas dan CEO Xiaomi, Lei Jun telah melancarkan drone penerbangan pertama dari Xiaomi melalui saluran live streaming yang disiarkan pada lebih 20 saluran. Dikenali dengan nama Mi Drone, menurut Xiaomi ia amat mudah dioperasikan, mempunyai jangka hayat kuasa yang lama, berkemampuan menangkap imej yang baik dan mudah dibawa ke mana-mana.
Mi Drone hadir dalam dua variasi yang dibezakan dengan kemampuan optikal. Model pertama mempunyai lensa 12 megapiksel yang mampu merakam dan menangkap gambar pada resolusi 3840 x 2160 piksel. Manakal model 1080P pula mempunyai sensor Sony CMOS 16 megapiksel yang masih mampu menangkap dengan baik gambar penerbangan.
Untuk keselamatan dan penerbangan yang lebih terancang, Xiaomi melengkapkan Mi Drone dengan fungsi smart flight controls, autopilot, GPS dan juga vision positioning. Fungsi-fungsi tersebut membolehkan anda memastikan penerbangan dron anda lebih terkawal, mudah dan selamat. Selain itu Xiaomi juga berkata bekalan kuasa yang besar juga membolehkan Mi Drone diterbangkan selama 27 minit.
Pasti ramai yang tidak sabar untuk mendapatkan dron dari Xiaomi ini, kerana apa yang pasti adalah produk Xiaomi selalunya akan dijual pada harga yang jauh lebih rendah dari produk pesaing. Untuk itu berikut adalah harga yang diumumkan oleh Xiaomi.