
Forum Pengguna Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CFM) yang merupakan salah satu inisiatif di bawah Pelan Strategik Memperkasakan Pengguna (CEP) oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), baru-baru ini telah memperkenalkan aplikasi mudah alih pertamanya iaitu ‘My Mobile Rights’ (MMR) bagi mengutamakan hak pengguna. Aplikasi ini telah dibangunkan dengan objektif untuk memudahkan interaksi bersama pengguna dan menggalakkan amalan kawal selia kendiri.
Menurut Pengerusi CFM iaitu Megat Ishak Maamunor Rashid, MMR merupakan aplikasi pertama di negara ini yang menjadi saluran tambahan penting kepada pengguna untuk melaporkan aduan mengenai perkhidmatan komunikasi dan multimedia terus melalui peranti pintar.
Terdapat empat ciri utama yang disediakan oleh aplikasi MMR iaitu:
- Penyerahan Aduan
- Lokasi Penyedia Perkhidmatan
- Tip dan Panduan
- Pelan Pascabayar/Prabayar Pilihan
Aplikasi ini sudah boleh dimuat turun sekarang melalui Apple App Store dan juga Google Play Store. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.consumerinfo.my
Muat Turun:

