Waze Punya Pasal….

Gambar kecil : Azri Md Adnan. FOTO Ihsan Pembaca Harian Metro, Nor Amalina Alias

Seorang lelaki berusia 30-an terselamat selepas Toyota Vios yang dipandunya terperangkap di dalam banjir di Kampung Padang Pak Amin, Bachok tengahari semalam. Menurut saksi kejadian itu, Azri Md Adnan, 38, dia berada berdekatan lokasi terbabit apabila kereta dipandu lelaki berbangsa Cina itu hilang kawalan dan dibawa arus hingga tenggelam.

Azri bersama empat penduduk kampung cuba membantu lelaki itu keluar dan cuba menarik keretanya menggunakan jengkaut. Hampir sejam masa yang diambil untuk mengeluarkan kereta yang tenggelam separuh itu.

Pemuda tersebut memberitahu dia menghala ke Pulau Pinang selepas menghantar alat ganti motosikal yang ditempah oleh pelanggan di Bachok. Di dalam perjalanan menghala pulang ke Pulau Pinang, dia telah mengggunakan aplikasi Waze. Tetapi malangnya aplikasi itu membawanya ke jalan yang dinaiki air lebih satu meter. Dia cuba berpatah balik, namun sudah terlambat kerana arus deras.

Penduduk kampung juga menawarkan bantuan membaiki keretanya di sebuah bengkel di Jelawat serta bantuan lain. Kepada yang memandu ke pantai timur, dinasihatkan supaya lebih berhati-hati memandangkan musim tengkujuh telah tiba.

Sumber : Harian Metro

You might also like