Pokemon Lagenda Ho-Oh Kini Muncul Dalam Raid Battles Di Seluruh Dunia Untuk Tempoh Terhad

Sebagai sebahagian daripada siri jelajah Pokemon GO Travel yang berlangsung di Jepun baru-baru ini, Niantic telah mengumumkan bahawa misi untuk menangkap 3 bilion Pokemon sepanjang cabaran ‘Global Catch Challenge’ yang berlangsung selama seminggu telah berjaya dicapai.
Congratulations, Trainers! You did it! You’ve caught over 3 billion Pokémon and unlocked a new reward during the Global Catch Challenge. #PokemonGOtravel #GlobalCatchChallenge pic.twitter.com/slGXLg0CNb
— Pokémon GO (@PokemonGoApp) November 26, 2017
Bagi meraikan kejayaan tersebut, kesemua pemain Pokemon GO telah menerima ganjaran sepertimana yang telah dijanjikan sebelum ini. Malah apa yang lebih menariknya, Niantic turut membuka satu lagi ganjaran yang sangat istimewa dengan mengumumkan kemunculan Pokemon lagenda Ho-Oh yang akan muncul dalam Raid Battles di Gyms yang terdapat di seluruh dunia sehingga 12 Disember 2017 ini sahaja.

