
Sony Interactive Entertainment telah mengumumkan PS4 edisi terhad, PlayStation 4 Pro Edisi Monster Hunter: World Rathalos yang menampilkan corak dan kemasan sesuai dengan tema dan watak Rathalos.
Tidak hanya menawarkan kemasan pada bahagian konsol sahaja, kawalan DualShock 4 yang hadir bersama edisi terhad ini juga menampilkan corak berwarna merah serta menyokong memori sebesar 1TB.
Buat peminat permainan Monster Hunter: World Rathalos yang ingin mendapatkan edisi terhad ini, ia dikhabarkan akan dijual di Malaysia pada harga RM2,048 bermula Januari 2018.
Selain hadir dengan permainan Monster Hunter World, ia juga menawarkan keahlian PS Plus secara percuma selama 3 bulan.


