

Bermula 7 November yang lalu, pertandingan ketiga siri Celcom Game Hero telah diteruskan lagi dengan permainan ‘Kill Shot Legacy‘ yang dibangunkan oleh pembangun tempatan. Kerjasama antara Celcom dengan Techninier Sdn Bhd ini merupakan siri Pertandingan Mudah Alih Terbesar di Malaysia dengan menawarkan hadiah wang tunai dengan jumlah terkumpul sebanyak RM300,000 untuk dimenangi. Malah ia merupakan siri ketiga yang telah dianjurkan oleh Celcom bersama-sama dengan pembangun kandungan mudah alih tempatan.

Kerjasama ini merupakan salah satu inisiatif yang diambil oleh Celcom dalam memperlihatkan usaha berterusan untuk menjadi jenama yang dikenali dalam mempromosikan gaya hidup digital yang sebenar dan dalam masa yang sama menawarkan pengalaman pelanggan yang hebat. Selain daripada itu, ia juga bertujuan untuk menyokong komuniti pembangun kandungan di negara ini.

‘Kill Shot Legacy’ yang dibanginkan oleh Techninier ini merupakan permainan menembak individu yang begitu intensif dengan menyokong pelbagai peringkat berbeza seperti Old West, Zon Mahkluk Asing, Pangkalan Tentera dan juga Masa Hadapan. Cara permainan yang mudah difahami ini sememangnya mudah untuk disertai oleh sesiapa sahaja, sama ada pemain amatur mahupun pakar. Para pemain hanya perlu mendapatkan markah tertinggi dengan menembak musuh dan mata tersebut akan dicatatkan di papan markah untuk mereka berentap memenangi hadiah wang tunai.
Muat turun permainan ‘Kill Shot Legacy’:

