Peranti vivo V5s Kini Boleh Didapati Di Semua Stor Digi Seluruh Malaysia

Syarikat telekomunikasi Digi hari ini mengumumkan mereka kini berkolaberasi bersama vivo dengan membawakan peranti vivo V5s di kesemua cawangan stor Digi seluruh Malaysia bermula Julai 2017.

Dalam kerjasama ini juga, seorang selebriti tempatan Joyce Chu akan mengadakan persembahan secara langsung di stor Digi, Lot10 Bukit Bintang pada 19 Ogos 2017 (esok).

Vivo V5s sebuah telefon pintar yang dilengkapi kamera depan 20 Megapiksel IMX376 mampu merakam gambar swafoto yang sangat jelas. Ciri Selfie Softlight juga mampu mengambil gambar yang terang walaupun dalam keadaan yang gelap. Disamping itu, kamera belakang 16 Megapiksel juga telah dinaik taraf bagi memastikan setiap kenangan dapat dirakam tanpa sebarang masalah.

Vivo V5s boleh didapati melalui pelan pascabayar Digi 78, 108, dan 138. Pelanggan juga boleh mendapatkan vivo Y53 dan Y66 pada kadar komitmen bulanan yang lebih baik.

You might also like