Nokia 8 Sudah Diperkenalkan – Dwi Kamera Zeiss, Snapdragon 835

HMD Global selaku pengendali Nokia baru sahaja melancarkan sebuah peranti induk mereka yang diberi nama Nokia 8. Apa yang perlu anda tahu ialah telefon pintar ini adalah Nokia yang pertama menggunakan cip kuasa Qualcomm Snapdragon 835. Memori RAM sebanyak 4GB dan storan 64GB telah dipadankan bersama sekaligus membantu pemprosesan lebih cekap dan efisyen.

Nokia 8 hadir dengan paparan IPS LCD 5.3 inci QHD dengan keterangan maksimum sehingga 700nits. Lengkungan di panel depan pula ialah 2.5D dan dilindungi oleh Corning Gorilla Glass generasi ke-5. Kerangka badan yang kukuh ini diperbuat daripada aluminium siri 6000 dengan ketebalan hanya 7.9mm. Peranti ini mendapat pengiktirafan kalis percikan air, IP54.

HMD Global kali ini mengutamakan fungsi kamera, oleh itu, Nokia 8 dilengkapi kamera Zeiss 13+13 Megapiksel dengan sensor warna dan monochrome serta bantuan aperture f/2.0. Penstabilan imej optikal (OIS) turut disertakan bersama Laser autofocus dan dua LED flash.

Lensa di depan pula, dibekalkan kamera 13 Megapiskel aperture f/2.0 mampu merakam video (live streaming) secara split screen khusus untuk Facebook dan Youtube yang dipanggil ciri Dual-Sight.

Sentuhan OZO yang terdapat pada pada Nokia 8 juga membolehkan pengguna merakam audio dengan kualiti yang lebih baik. Bagi memastikan Nokia 8 dapat diguna dan diuruskan dengan mudah, HMD Global telah memasukkan perisian Android 7.1 asli terus dari kotak.

Nokia 8 akan dipasarkan secara global bermula September ini, dan Malaysia antara negara yang terawal akan menerimanya berdasarkan pelancaran-pelancaran Nokia Android sebelum ini. Tanda harga yang diletakkan ialah Euro600 (lebih kurang RM3,022) sebuah.

You might also like