

Lazada yang sudah menjadi terkenal dengan pusat membeli-belah atas talian kini turut disertai oleh Lenovo Malaysia. Mulai hari ini, produk-produk komputer Lenovo boleh dibeli melalui Lazada tanpa perlu risau tentang keaslian atau jaminan yang diberikan.
Dalam masa yang sama, Lenovo juga menawarkan pra-tempah untuk model Lenovo IdeaPad 120S pada harga RM999. Komputer riba yang dioperasikan oleh Windows 10 dan pemproses Celeron N3350 didatangkan dengan pilihan warna Denim Blue, Mineral Grey, Blizzard White, dan Ballerina Pink.
Melalui pelancaran ini, anda yang berminat dengan produk Lenovo dicadangkan melayari laman e-dagang Lazada untuk mendapatkan produk yang berkualiti dan dijamin tulen pada harga yang lebih rendah.


