
MWC 2019: Nubia Alpha Dilancarkan, Skrin Melengkung Dengan Spesifikasi Bukan Sekadar Jam Tangan

Penantian peminat Nubia menantikan Nubia Alpha menjengah ke pasaran kini telah tiba. Jam tangan pintar ini dilengkapi dengan skrin bersaiz 4 inci OLED yang mana ia boleh lentur. Ia juga dikuasakan oleh Snapdragon Wear 2100. Apa yang pasti ia disertakan memori sebesar 1GB RAM dan storan sebesar 8GB.
Ia bukan hanya sekadar jam tangan, tetapi ia turut dilengkapi dengan kamera 5MP pada bahagian muka jam. Ia sekaligus membolehkan panggilan video dibuat.

Dari aspek kapasiti bateri pula, ia disertakan dengan 500mAh. Dari aspek fizikalnya, ia disertakan 2 butang fizikal di bahagian sisi yang mana ia dikhususkan untuk mengawal navigasi. Lebih menarik, ia boleh dikawal menerusi sokongan gesture Air Interaction Mechanics (A.I.M) tanpa perlu menyentuh skrin.

Ia juga disertakan dengan eSIM yang mana anda boleh membuat panggilan tanpa perlu disambungkan kepada telefon pintar anda.
Bagi Nubia Alpha ini, ia disertakan dengan 2 varian warna iaitu hitam dan saduran emas dan bakal dijual di China pada harga 450 Euro (kira-kira RM 2079) bagi versi Bluetooth. Bagi versi eSIM pula, ia dijual pada harga 550 Euro (kira-kira RM 2541).
_________________________
Baca juga:
- Nubia Red Magic Mars Rasmi Dengan Snapdragon 845, Pilihan Memori Sehingga 10GB RAM
- MWC 2019: Naib Presiden OPPO Pamer Peranti Boleh Lipat, Beri Bayangan…
- MWC 2019: Naib Presiden OPPO Pamer Peranti Boleh Lipat, Beri Bayangan…
- MWC 2019: Sony Xperia 1, Peranti Premium Rekaan Tri-Kamera 12MP Bersama…
- MWC 2019: Tiada Lagi Siri XA! Siri Baharu Sony Xperia 10…

