
MWC 2019: Naib Presiden OPPO Pamer Peranti Boleh Lipat, Beri Bayangan Kepada Peminat
Pada Mobile World Congress 2019 (MWC 2019) , OPPO tidak memperlihatkan skrin boleh lipat pertama mereka seperti yang digembar-gemburkan sebelum ini. Namun, Timbalan Presiden OPPO, Brian Shen menerusi akaun Weibo miliknya telah memuat naik rekaan skrin boleh lipat dari OPPO.
Menerusi gambar yang terdedah itu, ia kelihatan seakan Huawei Mate X yang mana skrin dibuka ke belakang bagi pengguna boleh mengakses mod tablet.

Di bahagian kiri telefon ini tersedia kamera serta port pengecasan USB-C. Apa yang membezakan peranti ini adalah pada bezel skrin ini yang mana OPPO adalah sedikit tebal berbanding Mate X.

Namun tiada sebarang maklumat mengenai nama atau spesifikasi peranti ini. Brian mengatakan bahawa ia hanya prototaip dan ia akan dikeluarkan sekiranya terdapat permintaan bagi peranti ini.

________________________________
Baca juga:
- MWC 2019: OPPO Bakal Perkenal Teknologi Kamera 10x Zum Lossless Dan Peranti 5G Pada…
- Bocor Lagi, OPPO F11 Pro Bakal Hadir Dengan Rekaan Pop-Up Kamera
- Video Acah OPPO F11 Pro Muncul Di Media Sosial – Hadir Dengan Lensa 48MP
- OPPO Catat Peningkatan Peratusan Saham Dalam Pasaran Telefon Pintar China
- OPPO Sahkan Sedang Bangunkan Teknologi Kamera Dengan 10x Zum

