
MWC 2019: OPPO Bakal Perkenal Teknologi Kamera 10x Zum Lossless Dan Peranti 5G Pada Suku Tahun Kedua 2019
Bila sebut sahaja OPPO pastinya semua mengenali jenama peranti pintar terkemuka ini. Pada Mobile World Congress 2019 (MWC 2019), OPPO mengumumkan bakal melancarkan telefon dengan disertakan teknologi kamera 10x zum lossless dan rangkaian 5G pada telefon pintar mereka.

Justeru, kamera dengan teknologi 10x zum lossless, bakal dilancarkan pada telefon pintar keluaran mereka pada suku kedua tahun ini. Teknologi ini mengabungkan 3 lensa iaitu lensa utama 48MP, telefoto dan sudut ultra lebar mencecah 120 darjah. Ia juga disertakan dengan Penstabil Imej Optikal (OIS) yang diletakkan pada lensa utama dan telefoto.

Dalam mengembang dan mengaktifkan teknologi 5G pada telefon pintar mereka, OPPO telah berkerjasama dengan Qualcomm. Justeru, telefon pintar 5G pertama OPPO bakal menggunakan cip Qualcomm Snapdragon 855 dengan modem X50 5G.
OPPO telah mempertontonkan dua teknologi tersebut kepada media yang dihasilkan oleh makmal penyelidikan dan pembangunan (R&D) OPPO sendiri.

♦ Ikuti laporan MWC 2019 di sini. ♦
__________________________
Baca juga:
- Bocor Lagi, OPPO F11 Pro Bakal Hadir Dengan Rekaan Pop-Up Kamera
- Video Acah OPPO F11 Pro Muncul Di Media Sosial – Hadir Dengan Lensa 48MP
- OPPO Catat Peningkatan Peratusan Saham Dalam Pasaran Telefon Pintar China
- OPPO Sahkan Sedang Bangunkan Teknologi Kamera Dengan 10x Zum

