
Sindiran Dari Huawei – Video Promosi Siri P30?!
Acara MWC 2019 hangat memperlihatkan pelbagai peranti pintar terkini, tidak ketinggalan juga Huawei memperkenalkan peranti boleh-lipat pertama mereka yang dikenali sebagai Huawei Mate X.
Selain peranti boleh-lipat menjadi tumpuan ramai, namun paling dinanti-nantikan oleh peminatnya adalah siri P30 yang bakal dirasmikan pada 26 Mar 2019 ini.
Baru-baru ini satu video promosi siri P30 telah dikongsikan pada Twitter Huawei Mobile, melalui video tersebut jelas nampak Huawei menggunakan poster pelancaran S10 sebagai latar belakang video mereka.
Sindiran ini dianggap satu cabaran kepada peranti siri S10, adakah siri P30 tidak akan mengecewakan peminatnya seperti siri P20? Kita nantikan ketibaannya kelak.
https://twitter.com/HuaweiMobile/status/1098315311001075712
♦ Ikuti Laporan MWC 2019 ♦

