MWC 2019: HUAWEI Mate X Dilancarkan, Peranti 5G Boleh Lipat Terpantas Di Dunia

Jenama telefon pintar terkemuka dunia, HUAWEI telah melancarkan satu lagi telefon pintar keluaran mereka di Mobile World Congress (MWC) 2019. Peranti tersebut yang dikenali sebagai HUAWEI Mate X ini disifatkan sebagai telefon pintar 5G boleh lipat terpantas di dunia.

Peranti ini disertakan dengan Falcon Wing Mechanical Hinge, 7nm multi-mode modem chipset Balong 5000, kapasiti bateri sebanyak 4500mAh yang mana ia menyokong 55W yang merupakan pengecasan pantas terpantas di dunia. Dalam masa 30 minit, ia mampu mengecas sehingga 85%. Ia juga didatangkan dengan warna baharu iaitu Interstellar blue.

Apabila ia dilipat, ia mempunyai paparan skrin 6.6 inci dan apabila dibuka ia akan bertukar kepada tablet yang sangat nipis dengan skrin bersaiz 8 inci. Apa yang menarik ialah, peranti ini mempunyai fleksibiliti panel OLED yang sangat tinggi dan falcon wing mechanical hinge.

Paparan telefon ini tidak mengecewakan apabila disertakan dengan FullView display. Apa yang pasti, dengan paparan yang fleksibel ini, pastinya mencapai kepuasan paparan dan memudahkan proses menjalankan kerja menerusi peranti ini.

Kamera pada telefon ini juga tidak mengecewakan apabila ia disertakan dengan kamera Leica. Rekaan boleh lipat peranti ini membolehkan kameranya memainkan peranan sebagai kamera hadapan dan belakang. Apabila peranti ini dilipat, ia akan memaparkan view finder pada kedua-dua bahagian. Menerusi gambar yang diperlihat, ia menyertakan dengan 3 kamera bagi rakaman gambar. Untuk memgambil swafoto, ia menggunakan skrin belakang.

Ia juga didatangkan butang kuasa cap jari bersepadu yang membolehkan pengguna menguasakan peranti dengan sekali tap.

Dalam pada itu, ia dikuasakan dengan modem 5G cipset generasi baharu yang dilengkapi dengan 7nm 5G multi-mode modem chipset Balong 5000 pertama di dunia. Dengan kepantasan muat turun 5G pada 4.6Gps pada Sub-6GHz band (secara teori). Ia juga dijana oleh cip pemprosesan terbaru daripada HUAWEI, iaitu Kirin 980.

Ia juga turut menyokong rekaan SA dan NSA. Hal ini bermakna pengguna tidak perlu menaik taraf peranti untuk terus menikmati sambungan 5G. Apa yang pasti, peranti ini turut dilengkapi dengan dwi sim yang menyokong 4G dan 5G.

Peranti ini bakal tampil dengan 8GB RAM dan 512GB, dan harga yang bakal ditawarkan ialah 2299 Euro, iaitu sekitar RM10,625. Dikhabarkan ia bakal dipasarkan pada pertengahan tahun 2019.

______________________

Baca juga:

 

You might also like