Acer Menetapkan 3 Ogos sebagai “Acer Day” – Disambut di 14 Negara Termasuk Malaysia

Peneraju dalam jenama komputer dunia, Acer telah mengumumkan 3 Ogos sebagai acara tahunan – Acer Day mereka, sekaligus dapat memberi interaksi penuh kepada pelanggannya. Sebanyak 14 negara Asia seperti China, Hong Kong, India, Jepun, Taiwan, Korea, Filipina, Thailand, Singapura, Australia, New Zealand, Vietnam termasuk Malaysia akan  mengambil bahagian dan acara transnasional ini.

https://www.youtube.com/watch?v=xkXT5ZBRA00&feature=youtu.be

Dalam acara ini, Acer akan mempersembahkan kreativiti dan kekuatannya dalam teknologi selain berharap jenama, produk dan harga akan sentiasa dititik beratkan. Pada tahun ini, Acer memilih tema “Be Cool Everyday” merujuk kepada konsep kipas 3D AeroBlade yang tercanggih setakat ini. Teknologi Aero Blade yang diperkenalkan di komputer riba Acer adalah yang ternipis di dunia menggunakan bahan logam.

Aero Blade

Rekaan yang aerodinamik serta prestasi saluran angin yang baik akan memastikan komputer yang digunakan sentiasa dalam keadaan suhu yang rendah, lalu memastikan setiap pengguna Acer akan berasa sejuk setiap hari.

Bukan itu sahaja, pelanggan juga boleh mengumpul mata ganjaran Cool Point melalui cabaran online yang diadakan. Mata ganjaran yang dikumpul boleh ditebus bagi mendapatkan jaminan tambahan pada model-model yang dibeli dalam acara berkenaan.

Tarikh rasmi bagi anda yang berminat untuk turut serta dalam cabaran online ini ialah pada 21 Julai (hari ini), di samping pelanggan boleh log-masuk menggunakan akaun laman sosial sendiri. Hadiah yang menanti anda merupakan komputer riba siri Swift, Predator dan lain-lain.

Apa tunggu lagi, mari sertai Acer Day!

You might also like