
HP kini nampaknya telah mula memperkenalkan satu demi satu produk baharu mereka ke pasaran tempatan. Kali ini, pihak HP Malaysia memperkenalkan komputer riba yang dikuasai oleh pemproses AMD Ryzen™ dan Radeon™ Vega Graphics 1, iaitu HP ENVY x360 13.
HP ENVY x360 13 merupakan computer riba yang hadir dengan skrin 13 inci, memaparkan semua HP Command Center yang mengoptimumkan prestasi sistem bunyi kipas dan suhu dengan teknologi CoolSense, malah juga melengkapkan barisan penyokong kelajuan Gigabit WiFi yang menyediakan sambungan internet pantas untuk memudahkan pengguna melayari aplikasi streaming tanpa gangguan.
Ternyata, komputer riba ini memberikan anda kebebasan untuk ke mana-mana sahaja anda berada! Pada masa sama, HP turut menawarkan HP 14 notebooks yang dikuasai oleh pemproses AMD Ryzen dengan jangka hayat bateri sehingga 14 jam.
Harga dan Ketersediaan
Harga bagi HP ENVY x360 13 bermula daripada RM3,207 dan boleh didapati di seluruh HP Online Store dan pengedar HP yang berdaftar di Malaysia, setiap pembelian HP ENVY X360 13 layak menebus HP Sprocket photo pencetak bernilai RM490 sehingga 19 September 2018. Bukan itu sahaja, setiap pembelian notebook HP 14 juga boleh menebus HP Z5000 Bluetooth Mouse yang bernilai RM129. Maklumat lanjut, sila layari laman rasmi HP Malaysia.