
Berita baik buat semua peminat jenama telefon bimbit Nokia apabila HMD Global iaitu pangkalan bagi peranti tersebut memaklumkan bahawa sebahagian besar harga jualan peranti mereka akan kekal seperti sebelum ini tanpa perubahan.
Langkah positif ini menyaksikan pihak Nokia menyerap Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) dalam harga peranti sedia ada seiring dengan kebanyakan jenama di luar sana. Justeru, ini membolehkan para pembeli menikmati harga jualan yang sama seperti sebelum ini.
Baca juga :
Seperti dimaklumkan, sebanyak lapan (8) model masih kekal dengan harga terdahulu dan hanya tiga model telefon Nokia yang dilancarkan baru-baru ini sahaja akan mengalami kenaikan harga sehingga RM69.