Shocking Sale! Shopee Tawarkan Xiaomi Mi 9T Pro Pada Harga RM1,499 – Hanya 26 & 27 Ogos!

842

Xiaomi Mi 9T Pro secara rasminya diumumkan pagi tadi, rakan e-dagang Shopee turut membawakan promosi menarik khas peminat mereka di bawah Xiaomi Global Store, juga dikenali sebagai MiFans Global Store.

Mi 9T Pro (6GB + 64GB) ditawarkan pada harga promosi RM1,499 (harga asal RM1,599) mulai 26 Ogos, 10 pagi, dan tawaran ini hanya sah untuk 26 dan 27 Ogos sahaja. Namun, Shocking Sale bagi peranti ini juga akan diumumkan pada 26 Ogos (12pm) dan 27 Ogos (12am) sempena Shopee 9.9 Super Shopping Day. So, stay tuned untuk tawaran yang lebih memeranjatkan!

Tarikh Umum Model Tawaran Promosi RRP
26 Ogos Xiaomi Mi 9T Pro
6GB + 64GB
RM1,499
(26 & 27 Ogos Sahaja)
RM1,599
30 Ogos Xiaomi Mi 9T Pro
6GB + 128GB
RM1799
(Hadiah Eksklusif –
Mi Band 3*while stock lasts)
RM1,799

 

Tambahan menarik lagi, Xiaomi Global juga akan memberikan seunit Xiaomi Mi Handheld Vacuun Cleaner dan Xiaomi Mi Bluetooth Neckband Earphones kepada 2 pemenang bertuah yang menyaksikan Live Unboxing pada 27 Ogos, 8 malam.

Menjadi follower Xiaomi Global Store di Shopee juga akan berpeluang membawa pulang hadiah menarik. Mulai sekarang hingga 31 Ogos 2019, 5 unit Mi True Wireless Earbud Basic akan diberikan apabila mencecah 12,000 followers, 3 unit Mi Smart Band 4 apabila mencecah 13,000 followers dan hadiah utama seunit Mi 9T Pro apabila mencecah 15,000 followers.

[ Tanda Harga Xiaomi Mi 9T Pro Bermula RM1,599 – Jualan Rasmi Mulai 30 Ogos 2019 ]