Tanda Harga Xiaomi Mi 9T Pro Bermula RM1,599 – Jualan Rasmi Mulai 30 Ogos 2019

Barisan peranti Xiaomi kini menambah ahli baharu – Mi 9T Pro akan mula dijual pada 30 Ogos 2019 dengan harga jualan bermula RM1,599.

Peranti yang dikuasakan cip pemproses Snapdragon 855 dan 6GB RAM dengan pilihan ROM 64GB atau 128GB ini mempunyai reka bentuk yang sangat moden, di samping rekaan kamera swafoto jenis pop up style juga merupakan salah satu tarikan padanya.

Xiaomi Mi 9T Pro bersaiz 6.39” paparan AMOLED FHD+, kuasa kamera dibekalkan 3 lensa utama 48MP + 13MP + 8MP dengan sokongan AI dan mampu merakam video 4K pada 60fps. Rekaan pop up style pada 20MP kamera swafoto penuh bergaya, kerana lensa ini akan pop up bersama lampu mengikut warna kerangka yang ada di sekelilingnya.

Selain mempunyai reka bentuk bergaya moden, Mi 9T Pro juga berprestasi tinggi pada bidang permainan dan daya ketahanan, kerana ia membekalkan bateri berkapasiti 4,000mAh dengan sokongan pengecasan pantas 27W. Di samping itu, sistem penyejukan 8-layer graphite dan Game Turbo 2.0 memberikan pengalaman bermain yang sangat menakjubkan.

Xiaomi Mi 9T Pro yang dilengkapi pengimbas cap jari pada paparan ini ditawarkan dalam 2 pilihan, iaitu 6GB + 64GB dan 6GB + 128GB, masing-masing dijual pada harga RM1,599 dan RM1,799.

Anda boleh membeli melalui rakan e-dagang Lazada dan Shopee, atau di Mi Store mulai 30 Ogos 2019. Tersedia dalam 4 pilihan warna, Carbon Black, Flame Red, Glacier Blue dan Pearl White**.

(**Warna Pearl White hanya tersedia dalam 6GB + 64GB dan boleh didapati melalui Mi Store sahaja.)

📌 Shopee Xiaomi Global: Mi 9T Pro 64GB

📌 Shopee Xiaomi Global: Mi 9T Pro 128GB

 

 

You might also like