Apple Dan Ericsson Mencapai Kata Damai

apple-takes-ericsson-to-court-over-lterelated-patentsApple telah bersetuju untuk membayar sejumah bayaran royalti atas paten yang dimiliki Ericsson. Isu yang sudah lama berlanjutan itu berlaku apabila perjanjian lesen antara Apple dan Ericsson tamat pada awal tahun 2015.

Apabila perjanjian tersebut tidak dapat diperbaharui, Apple dan Ericsson menyaman antara satu sama lain dengan masing-masing cuba mempertahan hak mereka. Ericsson telah mengemukakan 9 pertuduhan terhadap Apple dan akhirnya kedua-dua syarikat itu mencapai persetujuan damai dengan Apple sanggup membayar royalti paten kepada Ericsson di samping memperbaharui perjanjian antara mereka.

You might also like