Buli Siber Di Sekolah – Digi Melancarkan #BeSmart

Digi dan Suruhanjaya Siasatan CyberBroadband hari ini melancarkan #BeSmart berkenaan buli siber 2017. Tinjauan ini bertujuan untuk mengumpulkan maklumat mengenai tingkah laku buli dalam kalangan kanak-kanak sekolah menengah.

Program ini termasuk mengenalpasti kesan dan keberkesanan yang akan diambil serta mengatasinya. Lebih daripada 5000 pelajar sekolah menengah di seluruh negara telah dikaji selidik melalui platform uReport UNICEF. Terdapat juga rancangan untuk mengadakan pameran bergerak pada tahun 2018 akan datang.

Salah satu objektif utama kaji selidik ini adalah untuk memahami corak tingkah laku dalam talian kanak-kanak di sekolah. Sekaligus, salah laku buli dan kesan terhadap mangsa boleh dicegah. Memandangkan teknologi yang semakin berkembang maju, tinjauan ini sedikit sebanyak dapat membantu dalam menyediakan nasihat yang tepat kepada murid-murid.

Albern Murty, CEO Digi bersama Mai Olgard

Kajian Nasional Digi yang dijalankan pada tahun 2014 mendedahkan bahawa 1 daripada 4 pelajar, berumur 13 hingga 15 tahun merupakan kumpulan tertinggi yang melakukan siber buli. Mereka juga mengakui bahawa ibu bapa dan guru tidak memberikan pendedahan yang sewajarnya. Ini turut berkait rapat dengan satu lagi tinjauan dari kaji selidik Telenor di mana 58% ibu bapa mengaku bahawa mereka tidak tahu apa yang harus dilakukan jika anak mereka diserang buli siber.

Sepanjang tahun ini, Digi dilihat sangat aktif dalam menyokong ruang internet yang lebih selamat untuk generasi masa depan. Lantas ia juga akan mewujudkan kesedaran di kalangan pelajar sekolah. Dengan matlamat untuk melibatkan banyak anak sekolah, Digi bersama-sama dengan kumpulan Telenor telah berjanji untuk melibatkan 4 juta anak sekolah menjelang 2020 di 12 pasaran antarabangsanya.

Anda boleh layari laman sesawang Digi CyberSAFE untuk mendapatkan maklumat lanjut.

You might also like