Pandang Pertama Huawei Mate 9 Pro

1Huawei memberikan kita satu lagi pilihan peranti sebelum memasuki tahun baru 2017 dengan memperkenalkan Mate 9 Pro yang secara rasminya dijual bermula hari ini di seluruh negara.

Mate 9 Pro merupakan peranti pertama dari Huawei yang mempunyai skrin sisi melengkung dengan resolusi paparan 2K. Sekilas pandang sahaja kami sudah sedikit tertawan dengan reka bentuknya yang elegan. Apabila berada di dalam genggaman, peranti ini terus menawan hati kami dengan feel-nya yang solid dan premium. Kemasan aluminium Mate 9 Pro adalah antara kemasan terbaik yang kami rasakan ada pada peranti sepanjang tahun 2016 ini.

2
Skrin AMOLED 2K memberikan kualiti paparan yang amat baik.
3
Kemasan aluminium yang premium dan solid.

Bukan sahaja cantik dan elegan, Mate 9 Pro juga cukup berkuasa dengan cip pemproses Kirin 960 dan dibantu dengan RAM berkapasiti 6GB. EMUI 5.0 pula menjadikan proses kendalian operasi di dalam smartphone lebih lancar dengan sistem pengurusan aplikasi dan kerja yang lebih baik.

Leica menjadi nama yang semakin sinonim dengan peranti Huawei. Mate 9 Pro dilengkapi kamera dwi-lensa yang dibangunkan bersama Leica. Lensa 20 megapiksel monochrome dan 12 megapiksel RGB menjadi senjata utama pengguna untuk menangkap gambar dengan kualiti yang sangat baik. Bagi gambar selfie pula, kamera hadapannya mempunyai lensa 8 megapiksel.

4
Mate 9 Pro membawakan sekali lagi teknologi lensa Leica di dalam smartphone Huawei.

Pembeli Mate 9 Pro akan menerima servis selepas pembelian premium dengan:-

  1. Penukaran peranti “One-to-One” di dalam tempoh 12 bulan jaminan.
  2. Servis pengambilan dan penghantaran percuma peranti dari/ke rumah anda.
  3. Jaminan 3 bulan skrin LCD dari tarikh pembelian.
  4. Dua kali servis pembersihan sepanjang tempoh jaminan 12 bulan.
  5. Servis VIP Hotline.

Mate 9 Pro sudah mula dijual hari ini pada harga RM 3,399 dengan variasi warna Champagne Gold dan Titanium Grey.

You might also like