
Selepas menawarkan perkhidmatan sewa kereta di Korea Selatan selama lima tahun, kini SOCAR dilancarkan di Malaysia. SOCAR merupakan syarikat yang menyediakan pengangkutan multi-flex dengan perkongsian kereta.

Melalui kerjasama dengan pihak kerajaan, SOCAR menyediakan aplikasi dimana pengguna boleh menempah kereta sewa untuk sesingkat 30 minit. Tempahan yang fleksibel ini membolehkan pengguna untuk melakukan pelbagai tugasan seperti menghantar anak sekolah, menghantar bungkusan, membeli barangan runcit, atau melakukan perjalanan ke tempat rekreasi.
Pengangkutan multi-flex ini sekaligus menutup jurang yang sedia ada dengan memberi pengguna pilihan untuk menamatkan pemilikan kereta. Perkhidmatan ini boleh dinikmati dengan harga serendah RM8 sejam malahan memandu ke Melaka dan kembali menaiki sebuah Mini Cooper dengan hanya RM25 sejam.

Buat masa ini, SOCAR mempunyai kumpulan terbesar kereta persendirian yang diinsurans sepenuhnya. Selain itu, kemudahan tempat letak kereta khusus bagi pengguna untuk mengambil dan menghantar kenderaan yang disewa turut disediakan. Pengguna diberi pilihan lain untuk memilih jenis kereta antaranya Perodua Axia, Honda City, dan Honda HRV.
Di majlis yang sama, SOCAR juga melancarkan perkhidmatan terbaru yang dinamakan Stress Free Pass untuk mereka yang bekerja di pejabat. Kereta yang disewa boleh ditempah selepas waktu kerja dan memulangkannya pada keesokan harinya.
SOCAR kini boleh didapati di 100 lokasi di Kuala Lumpur dengan sekumpulan 240 buah kereta. Anda boleh muat turun SOCAR di Google Play Store dan Apple App Store bermula hari ini.
Layari SOCAR Malaysia untuk maklumat lanjut.

