Kami Jumpa iPhone Dengan Diskaun Sehingga RM550!

Bulan lepas Lazada telah dilantik menjadi wakil sah produk Apple. Di sini anda boleh dapatkan barangan Apple seperti iPhone, iPad, Watch, Mac dan aksesori dengan harga yang menarik. Selain ia juga memudahkan pelanggan daripada perlu beratur atau membuang petrol serta mencari tempat letak kenderaan.

Hari ini kami terlihat laman jualan atas talian Lazada menawarkan iPhone pada harga jauh lebih rendah berbanding wakil jualan lain. Anda kini boleh mendapatkan iPhone X serendah RM4,599 (64GB), iPhone 8 Plus (64GB) pada RM3,899, dan iPhone 8 (64GB) bermula RM3,399. Disamping itu anda boleh mendapatkan model terdahulu iPhone 7 Plus ( 128GB) pada harga RM3,399 sementara iPhone 7 serendah RM2,879 (128GB).

Penurunan harga ini tidak pasti atas sebab promosi atau berikutan nilai matawang AS yang merudum. Tetapi, apa yang kami harapkan ialah harga ini akan kekal atau turun lagi pada masa akan datang seiring nilai mata wang semasa.

Jadi untuk tidak melepaskan peluang, ini adalah masa yang sesuai untuk anda menggunakan iPhone atau menaik taraf.

Sumber

You might also like