
Maybank MAE yang dibina atas aplikasi mudah alih Maybank2u, merupakan e-dompet pertama dan satu-satunya di Malaysia dengan kemudahan perbankan, menawarkan pengalaman mobiliti generasi akan datang termasuk keupayaan untuk membuka akaun perbankan melalui e-dompet tanpa perlu melawat cawangan bank.
Kini ia telah berjaya mencapai lebih 1 juta pengguna hanya dalam 8 bulan, jauh mendahului sasaran awal 100,000 pengguna menjelang akhir tahun 2019 seperti yang diumumkan semasa pelancarannya di Mac 2019.
Kira-kira 75% adalah berusia 35 tahun ke bawah, dari segmen ini lebih daripada 40% adalah di bawah 24 tahun sekaligus menunjukkan pengguna muda lebih tertarik kepada kemudahan perbankan digital untuk menguruskan kewangan peribadi mereka menerusi aplikasi mudah alih.
SEKIRANYA ANDA MASIH TIDAK TAHU MAYBANK MAE, BOLEH BACA TUTORIAL DI BAWAH:
[ Tutorial ] Mudahnya Guna Maybank Anytime Everyone (MAE)!!!

