Rebut Peluang Menang OPPO Reno2 Di Sunway Pyramid Pada 26 Oktober Ini!

OPPO Reno2 akhirnya diperkenalkan untuk pasaran tempatan – peranti ini dilihat menerima sambutan yang cukup menggalakkan daripada peminat setia. Hujung minggu ni kalau korang tak tahu nak buat apa, apa kata jom memeriahkan roadshow jualan pertama OPPO Reno2 pada 26 Oktober ini bertempat di LG2, Sunway Pyramid, Orange Concourse.

Pelbagai aktiviti dan hadiah menarik menanti pengunjung bertuah. Antaranya, 1,000 pelanggan terawal yang membeli OPPO Reno2 secara langsung ketika roadshow bakal menerima hadiash edisi terhad sehingga RM1,067 termasuk OPPO Reno Eksklusif Bag (RM 199), VOOC Powerbank (RM 269) dan Enco Q1 (RM 599).

Bagi pelanggan yang membuat sesi pra-tempahan sebelum 25 Oktober 2019 dan mengambil peranti pada 26 Oktober 2019 pula – didatang dengan hadiah percuma menarik termasuk waranti perlindungan skrin (RM119), OPPO Reno exclusive bag (RM 199), VOOC Powerbank (RM 269) dan Enco Q1 (RM 599).

Lebih menarik, dengan setiap pembelian pelanggan akan menerima nombor cabutan bertuah dan berpeluang memenangi satu lagi OPPO Reno2 secara PERCUMA – pengumuman cabutan berlangsung dalam 3 sesi : 11:00 pagi, 12:00 tengah hari dan 1 petang.

Di samping itu, semua pelanggan yang membeli OPPO Reno2 juga akan menerima minuman bubble tea daripada KOi yang disediakan oleh OPPO secara PERCUMA – sebagai tanda penghargaan dan terima kasih di atas sokongan padu mereka (tertakluk kepada ketersediaan). Jadi, jom shopping ramai-ramai dan jangan lupa memeriahkan roadshow ni okay! Maklumat lanjut, layari OPPO Malaysia.

You might also like