
Butiran Google Pixel 4 & Google Pixel 4 XL Bocor – Bakal Muncul Dengan Persediaan 6GB RAM?
Google dijangka memperkenalkan pendatang baru mereka, Google Pixel 4 dan Pixel 4 XL pada Oktober kelak. Butiran utama mengenai spesifikasi peranti telah mula terdedah sedikit demi sedikit.
[BACA : Adakah Ini Reka Bentuk Google Pixel 4? ]
Maklumat terbaru mendedahkan siri Pixel 4 dijangka membawakan persediaan memori 6GB RAM – ini merupakan kali pertama peranti Google disertakan dengan RAM sebesar itu. Selain itu, resolusi skrin juga dijangka menerima peningkatan – Pixel 4 dipercayai menggunakan skrin dengan resolusi 2280×1080 piksel. Manakala, Pixel 4 XL pula bakal menyertakan skrin dengan resolusi 3040×1440 piksel.

Buat masa ini, masih belum ada sebarang maklumat dikongsi mengenai konfigurasi kamera untuk siri Pixel 4. Pun begitu, maklumat tertiris masih lagi rumors dan belum diketahui kesahihannya. Kekal bersama eRing untuk lebih info terkini.
[SUMBER]

