Xiaomi Pamerkan Pengecasan Terpantas 200W & 120W Tanpa Wayar!! – Mampu Mengecas Penuh Sepantas 8 Minit!!

Ada sesuatu yang menarik apabila Xiaomi telah mengumumkan bahawa mereka telah hadir dengan pengecasan pantas 200W berwayar dan 120W.

Menariknya, pengecas 200W ini mampu mengecas penuh dalam masa 8 minit sahaja manakala bagi pengecasan pantas tanpa wayar pula mengambil masa hanya selama 15 minit. Hal ini telah diperlihatkan menerusi akaun Twitter milik Xiaomi.

ujian initelah dilakukan menggunakan telefon Xiaomi Mi 11 Pro yang telah di ubah sedikit. Pada ketika ini, ia merupakan pengecas terpantas di dunia. Jadi, sama-sama kita nantika bilakah ia akan dipasarkan!!

You might also like