
Kenapa Xiaomi Mi Watch Berbentuk Persegi Panjang? Ini Jawapan Xiaomi…
Xiaomi baru sahaja memperkenalkan jam pintar pertama keluaran mereka iaitu Xiaomi Mi Watch, semalam. Antara topik yang menjadi perbualan hangat mengenai jam pintar ini adalah rekaannya yang berbentuk persegi panjang. Sehubungan itu, Xiaomi tampil menjawab persoalan dan menegaskan mereka mempunyai sebab tersendiri mengenainya.

Memetik sumber, Xiaomi berkata rekaan tersebut merupakan penggunaan ruang yang lebih baik – skrin segi empat tepat mempunyai ruang yang seimbang dan ia dapat memaparkan lebih banyak maklumat berbanding skrin bulat. Menerusinya juga, setiap teks dan imej dipaparkan dengan baik tanpa ‘dipotond’.

Seterusnya, skrin segi empat tepat adalah lebih baik untuk pembacaan – di mana ia dikatakan lebih baik dalam memaparkan teks. Kemudian, Xiaomi berkata paparan segi empat tepat menyajikan sokongan navigasi lebih baik. Dengan paparan ini, skrin boleh dilayarkan ke sisi, atas, bawah dan MIUI untuk Watch juga telah direka bentuk untuk berfungsi dengan cara ini.

Sekarang korang dah faham kan? Aha, terdapat juga desas desus mengatakan Xiaomi bakal memperkenalkan Mi Watch Pro tidak lama lagi. Kekal bersama eRing untuk lebih info terkini!

