
AnTuTu : Senarai Peranti Android Terbaik Sepanjang Bulan Oktober 2019!
AnTuTu kini mengeluarkan senarai 10 tangga teratas terkini smartphone terbaik untuk bulan Oktober. Terdahulu, Antutu hanya mengeluarkan satu senarai yang menggabungkan semua. Namun, kini ia dibahagikan kepada dua – kelas perdana dan kelas pertengahan.

Untuk kelas perdana, kita dapat lihat vivo NEX 3 5G menduduki tangga teratas dengan skor sebanyak 482,917 mata. Seterusnya diikuti oleh vivo iQOO Pro 5G di tangga kedua dengan mata terkumpul sebanyak 481,997. Kemudianya, tempat ketiga pula milik OnePlus 7T dengan markah sebanyak 481,784 mata. Senarai 10 peranti kelas perdana dengan prestasi terbaik sepanjang bulan Oktober adalah seperti berikut :
- Vivo NEX3 5G – 482,917
- Vivo iQOO Pro 5G – 481,997
- OnePlus 7T – 481,784
- OnePlus 7T Pro – 480,902
- Asus ROG Phone2 – 477,596
- Xiaomi Mi 9 Pro 5G – 467,415
- Black Shark 2 Pro – 466,373
- Realme X2 Pro – 464,354
- Meizu 16s Pro – 459,982
- Redmi K20 Pro Premium – 456,034

Untuk kelas pertengahan pula, HONOR 9X Pro dilihat menduduki tangga pertama dengan pungutan markah sebanyak 199,194 mata. HONOR 9X pula berada di tempat kedua (291,690) dan tangga ketiga adalah milik HONOR 20S dengan markah sebanyak 290,936 mata. Senarai 10 peranti kelas pertengahan dengan prestasi terbaik sepanjang bulan Oktober adalah seperti berikut :

