Kemas Kini OxygenOS 4.7.4 Untuk OnePlus 5T Membawakan Penambahbaikan Pada Kamera Dan Speaker

Walaupun OnePlus 5T masih lagi belum dilancarkan secara rasmi di negara ini, pihak OnePlus dilihat komited dalam memastikan pengalaman penggunaan yang terbaik untuk peranti ini. Pihak OnePlus dilihat telah mengumumkan ketersediaan kemas kini terbaru OxygenOS 4.7.4 untuk model OnePlus 5T yang kini sudah boleh boleh dikemaskinikan dengan menggunakan kaedah OTA (Over The Air).

Dengan saiz fail kemas kini sebesar 285MB, ia telah memfokuskan kepada penambahbaikan pada kamera dan juga sistem OnePlus 5T. Kini antaramuka kamera bukan sahaja telah dioptimumkan, tetapi ia juga turut memperbaiki kualiti gambar yang diambil menggunakan kamera dwi lensa peranti ini.

Manakala dari segi sistemnya pula, kemas kini terbaru OxygenOS ini turut mengoptimumkan kualiti audio daripada speaker dan juga earphone. Selain itu, ia juga turut menyokong fungsi face unlock serta getaran yang telah dipertingkatkan, penggunaan bateri yang lebih efisien apabila disambungkan ke WiFi, memperbaiki kestabilan pengimbas cap jari serta GPS, dan juga menjanjikan pengoperasian sistem yang lebih stabil.

Sumber: AndroidPolice

You might also like