
iPhone Akan Dilancarkan Dengan Skrin LCD Dan Kerangka Logam Tahun Depan
Khabar angin sebelum ini kedengaran Apple tidak akan menggunakan LCD pada iPhone tahun depan. Namun, dalam info yang terkini ada pihak menyatakan sebaliknya sekaligus menimbulkan tanda tanya kepada peminat tegar iPhone.
Sekurang-kurangnya satu daripada tiga model yang akan dilancarkan mungkin akan dimuatkan dengan skrin LCD, sementara dua daripadanya akan kekal dengan panel OLED sebagaimanana iPhone X tahun ini.

Ada sumber dari pihak dalaman Sharp dan Japan Display, selaku pembekal global paparan LCD mendapati saham Apple merudum setelah iPhone X hadir dengan OLED. Ini mungkin kerana harga yang dipasarkan agak tinggi dan dipercayai penjualan yang agak perlahan.
Oleh itu, pada model iPhone akan datang, Apple akan meletakkan skrin bersaiz 6.1 inci bersama kerangka badan logam. Sebaliknya untuk dua model lagi ia akan hadir dengan paparan OLED 5.8 inci dan 6.3 inci, menurut sumber.
Melalui binaan logam, secara asasnya akan menyingkirkan fungsi pengecasan tanpa wayar. Oleh itu, kemungkinan pada tahun depan Apple akan membuang fungsi ini pada barisan iPhone.
Apa-apa pun Apple akan memulakan pembinaan paparan OLED tahun depan untuk produk-produk mereka menjelang tahun 2020.

