Reviu Eksklusif: vivo V7, Apa Keistimewaan Serta Keupayaan Prestasinya…

HARGA: RM 1,199 RM 1,299

Selain reka bentuk vivo V7, eRing juga menyertakan ciri-ciri menarik yang ada pada telefon pintar ini. Memfokuskan kepada pengguna yang suka berswafoto, model terbaru ini telah dilengkapi lensa swafoto 24 Megapiksel dengan teknologi Face Beauty 7.0 bagi mengekalkan keaslian warna gambar serta mod Potrait. Bukan itu sahaja, terdapat juga ciri-ciri menarik lain seperti Face Access, pengimbas cap jari, Smart Split 3.0, App Clone serta Super Screenshot.

Baca juga: Reka Bentuk vivo V7

Tidak hanya setakat itu, kami juga telah menjalankan beberapa ujian pada vivo V7 seperti ujian benchmark dengan tiga lagi model lain iaitu vivo V7+, OPPO F5 dan Huawei nova 2i serta ujian ketahanan bateri.

 

UNBOXING ↓↓↓

 

 

APA YANG COOL?!

1) Face Access

Sepertimana model V7+, telefon pintar ini juga menawarkan sistem imbasan muka untuk membuka peranti yang dinamakan Face Access. Ia mampu membuka peranti dalam masa 0.1 saat sahaja, sekaligus menjadikan pengalaman lebih mudah.

Pengimbas Cap Jari

Menariknya lagi, teknologi pengimbas cap jari juga turut disokong oleh telefon pintar ini yang boleh digunakan sehingga 5 jari berlainan dalam satu-satu masa.

 

2) Smart Split 3.0

Sokongan Smart Split 3.0 pada vivo V7 membolehkan pengguna membuat tugasan dengan lebih mudah! Anda boleh melakukan dua fungsi dalam satu-satu masa seperti membaca mesej ketika sedang menonton video.

Anda perlu mengaktifkan fungsi ini terlebih dahulu di ruangan tetapan, antara aplikasi yang disokong adalah Facebook, Line, WhatsApp, YouTube, Play Movies & TV dan beberapa lagi.

 

3) App Clone

vivo juga telah memasang perisian yang dipanggil App Clone. Ia membolehkan pengguna menggunakan dua akaun media sosial berbeza secara serentak. Di antara aplikasi sosial yang menyokong fungsi App Clone adalah WhatsApp, Line, BBM, WeChat, Zalo serta Viber sahaja.

 

4) Super Screenshot

Selain boleh menggunakan screenshot biasa dengan menekan butang volume up dan butang kuasa serentak, anda juga boleh mencuba fungsi Super Screenshot.

Di dalamnya tersedia pelbagai screenshot yang boleh dicuba seperti Long Screenshot, Shaped screenshot, Screen recording dan juga Voice recording.

Long Screenshot

 

 

ZON UJIAN

UJIAN 1 : BENCHMARK

Dengan bajet sebanyak RM 1300, tidak dinafikan vivo V7 masih boleh dianggap antara peranti Android yang menawarkan prestasi  terbaik di dalam kategorinya. vivo membuktikan keupayaannya dengan memenangi dua daripada empat ujian benchmark yang dijalankan!

 

ZON UJIAN 2 : MENGECAS BATERI

Memandangkan vivo V7 tidak dibekalkan dengan teknologi pengecasan pantas, untuk mengecas peranti berkapasiti 3000mAh ini agak perlahan. Berdasarkan ujian yang dijalankan sendiri oleh eRing, anda boleh lihat masa yang diambil untuk mengecas telefon pintar vivo V7 seperti di bawah:

 

KOMEN EDITOR

vivo telah menambah sebuah lagi model untuk penggemar swafoto selain vivo V7+ iaitu V7, kepada mereka yang tidak suka dengan paparan skrin besar boleh memilih V7. Telefon pintar ini menampilkan paparan skrin penuh berukuran 5.7 inci yang pastinya mampu menarik perhatian golongan yang gemar berswafoto.

Malah sentuhan kemasan logam pula memperlihatkan vivo V7 kelihatan premium dan harganya juga berpatutan. Model ini menawarkan storan lebih kecil iaitu 32GB berbanding 64GB pada model V7+, tetapi RAM-nya masih dikekalkan 4GB. Sepertimana model sebelum ini, V7 juga menyokong pemproses yang biasa-biasa sahaja serta masih menggunakan kabel USB microUSB 2.0.

 

Sampai sini sahaja reviu untuk kali ini, untuk fungsi penggambaran pula, kita jumpa di reviu seterusnya…

 

 

 

 

You might also like