Reviu Eksklusif: vivo V7, Pertaruhkan Lensa Swafoto 24MP + Skrin FullView Display

HARGA: RM 1,199  RM1,299

Baru sahaja model V7+ berada di pasaran tempatan, kini vivo telah memperkenalkan model terbarunya V7, khas untuk pengguna di Malaysia yang inginkan swafoto berkualiti tinggi. Jika dilihat pada paparan skrin, V7 sesuai untuk anda yang tidak suka dengan paparan skrin besar seperti V7+. Masih mengekalkan penggambaran swafoto 24 Megapiksel dengan teknologi Face Beauty 7.0 serta Potrait, model ini turut hadir dengan dua pilihan warna Crown Gold dan Matte Black.

 

UNBOXING ↓↓↓

 

PERBEZAAN SPESIFIKASI

 

PAKEJ PEMBELIAN

  1. Kotak Pembungkusan
  2. vivo V7
  3. Adapter pengecas
  4. Kabel microUSB 2.0
  5. Pin slot pin
  6. Fon telinga
  7. Sarung pelindung jernih

 

 

PERBEZAAN FIZIKAL

5.7 Inci vs 5.99 Inci Skrin FullView Display

Kedua-dua model ini hadir dengan paparan FullView Display, tetapi V7 menampilkan skrin lebih kecil berbanding V7+ iaitu 5.7 inci dengan nisbah skrin-ke-kerangka sebanyak 83.64%. Kerangka peranti yang dibina berasaskan logam juga terasa lebih ringan dengan ketebalan hanya 7.9mm dan seberat 139g.

 

Selain paparan skrin, rekaan V7 masih sama seperti V7+ seperti:

I) Kamera Utama & Pengimbas Cap Jari

Panel belakang yang diperbuat daripada logam ini kelihatan lebih ringkas rekaannya kerana ia hanya menempatkan satu lensa kamera utama beresolusi 16 Megapiksel dan juga LED flash yang kelihatan sedikit timbul. Di bawah lensa pula kelihatan pengimbas cap jari yang sangat responsif.

 

II) Port & Speaker

Bahagian bawah kerangka kedua-dua model ini menyediakan port 3.5mm audio jack, lubang mikrofon, port microUSB dan juga speaker. Manakala bahagian atas kerangkanya pula kelihatan lebih ringkas rekaannya kerana hanya dilengkapi dengan lubang mikrofon sahaja.

 

III) Sisi Kerangka
Sisi Kiri
Sisi Kanan

Sisi kiri V7/V7+ tersedia dengan satu slot kad jenis hibrid dan sisi kanannya pula seperti biasa telah menempatkan dua butang kawalan fizikal iaitu butang melaras volume dan juga butang kuasa.

 

Itu sahaja untuk bahagian 1, nantikan reviu seterusnya…

 

Baca juga

 

 

You might also like