
Beli Satu Percuma Satu Samsung Galaxy S8 – Adakah Malaysia Termasuk?

Sesiapa sahaja pasti tertumpu jika ada tawaran hebat disajikan, tambah lagi kalau ia diberi secara percuma. Oleh itu, Samsung ingin memberikan satu unit Samsung Galaxy S8 secara percuma melalui promosi beli satu percuma satu. Para pembeli perlu tukar-beli peranti lama seperti Galaxy Note 5, S6 Edge, S6 edge+, S7, S7 Edge, iPhone 6s, 6s Plus, 7 atau 7 Plus dengan Samsung Galaxy S8 dan dapatkan satu lagi unit Galaxy S8 secara percuma.

Disamping itu, telefon yang ditukar-beli perlulah berada dalam keadaan yang baik selagi tiada keretakan skrin dan tidak disenarai hitam. Selain itu, peranti tersebut hendaklah diformat semula tanpa ada perisian yang terkunci. Samsung juga menawarkan Samsung Galaxy S8+ dalam promosi ini, pembeli hanya perlu membayar USD100 (lebi kurang RM428) sebagai tambahan.

Apa yang tidak menariknya, kempen ini hanya berlangsung di Amerika Syarikat sahaja, justeru kami juga berharap pihak Samsung Malaysia Electronics (SME) juga mengadakan promosi hebat sebegini di Malaysia.

