Panasonic P55 Max Dilancarkan – Bateri Berkapasiti 5,000mAh

Jenama terkenal Jepun, Panasonic baru-baru ini telah melancarkan telefon pintar terbaru P55 Max di pasaran India. Tidak banyak yang perlu dinyatakan, cuma peranti ini didatangkan paparan skrin jenis IPS 5.5 inci dengan resolusi 710p. Lengkungan gelas 2.5 darjah di panel depan memberikan keselesaan semasa menggenggamnya.

Dikuasakan cip pemproses MediaTek MT6737, memori RAM 3GB serta 16GB ruang storan juga menyokong storan tambahan. Konfigurasi kamera 13 Megapiksel di belakang dan 5 Megapiksel di depan melengkapkan fungsi penggambaran peranti ini. Seterusnya, sistem operasi Android 7.0 Nougat ini mendapat saluran kuasa daripada bateri berkapasiti 5,000mAh di belakangnya.

Panasonic P55 telah dikeluarkan bersama warna pilihan seperti hitam dan emas pada harga INR8,499 (kira-kira RM556) seunit. Namun, ketersediaan di pasaran selain India, masih belum diketahui lagi.

You might also like