Computex 2019: ASUS Perkenal ZenFone 6 Edition 30, Kini Dipertingkat – Tampil Dengan 12GB RAM + 512GB Storan Dalaman

ASUS Hari ini telah mengumumkan bahawa ketibaan ZenFone 6 Edition 30 yang merupakan versi edisi terhad bersempena meraikan sambutan ulang tahun ke-30 ASUS. Tampil dengan prestasi yang telah dipertingkat, rekaan eksklusif dan kamera yang sangat unik merupakan antara sorotan peranti ini.

Tampil rekaan tanpa takuk dan disertakan kamera belakang yang boleh di flip memberikan satu nafas baharu bagi peranti ini. Dikuasakan dengan Qualcomm Snapdragon 855 dan disertakan dengan 12GB RAM dan 512GB storan dalaman pastinya memukau mata anda. Ditambah dengan kapasiti bateri yang tahan lama iaitu 5000mAh menjanjikan pengalaman yang menakjubkan.

Paparan peranti ini juga sangat baik apabila ia disertakan dengan 6.4 inci NanoEdge all-screen display disertakan dan dilindungi Corning Gorilla Glass 6.

Dari aspek kamera juga tidak mengecewakan apabila ia disertakan dengan 48MP Sony® IMX586 bagi kamera utama dan 13MP 125° ultrawide bagi kamera kedua yang pastinya menjanjikan hasil gambar yang sangat menawan.

Gambar swafoto juga pastinya mempunyai kualiti yang sama kerana kebolehan kamera belakang di flip kehadapan. Tidak hairanlah ia mendapat keputusan yang cemerlang dalam DxOMark Selfie benchmark yang mendapat skor markah sebanyak 98 yang paling tinggi pernah dicatatkan.

 

** Terima kasih atas Tajaan ASUS Malaysia ke Computex 2019

 

You might also like