

Mobme Asia secara rasminya telah melancarkan satu aplikasi pintar yang dipanggil SwypeOn. Aplikasi ini direka untuk memaparkan iklan atau berita di lockscreen telefon pintar. SwypeOn yang direka selama 18 bulan oleh pembangun telah memasukkan teknologi pengecaman suara, Pulse untuk menapis iklan berdasarkan tabiat dan minat anda.

Dalam masa yang sama, ia turut menawarkan ganjaran serta hadiah menarik apabila anda melihat iklan yang dipaparkan. Malahan, jika anda mengambil keputusan untuk mengendahkannya, anda masih lagi berpeluang mengumpul nilai ganjaran sehingga RM100 sehari dalam bentuk tunai. Bagi menghargai pengguna, setiap bulan SwypeOn akan mengadakan satu cabutan bertuah dengan hadiah, rebat atau promosi bernilai sehingga RM5,000.
Ganjaran yang diperolehi boleh dilihat di dalam akaun digital yang dipanggil Keys, di situ anda boleh menggunakannya untuk menebus sebarang promosi. Namun buat masa ini, hanya MBO yang menawarkan SwypeOn di pawagamnya. Justeru, di masa hadapan Mobme Asia akan melebarkan sayap mereka dengan menjadi rakan niaga kepada syarikat-syarikat lain.

Secara purata, setiap pengguna telefon akan menyahkunci peranti mereka sebanyak 110 kali sehari. Jadi, dengan SwypeOn anda boleh menjana pendapatan sebanyak mana iklan dipaparkan. Untuk menikmati perkhidmatan ini, pengguna boleh memuat turunnya di Google Playstore sekarang. Pengguna iOS pula tidak ditawarkan SwypeOn.
Cara gunakan SwypeOn :
- Muat turun SwypeOn di Google Playstore.
- Daftar diri.
- Pilih kategori berdasarkan minat.
- Untuk sertai, tatal skrin ke kiri.
- Untuk tidak serta, arkibkan dan nyahkunci, kemudian tatal kanan.
- Pungut Keys Point untuk setiap tatalan.
- Tebus Keys Point untuk ganjaran tunai.

