
[Ura-Ura] : Samsung Bangunkan Peranti Dengan Kapasiti Bateri 6,000mAh?
Kecoh di media sosial apabila terdapat maklumat tertiris mendakwa Samsung kini sedang membangunkan peranti terbaru dengan kapasiti bateri 6,000 mAh. Model tersebut masih belum didedahkan secara terperinci.
Namun memetik imej penggoda tersebar, ramai membuat spekulasi bahawa peranti misteri itu adalah sebahagian daripada siri Samsung Galaxy M (berkemungkinan Galaxy M20s & Galaxy M30s) – memperlihatkan nombor 6,000 dan penggunaan tanda pagar “#GoMaster” dengan huruf “M” yang dibesarkan.

Pun begitu, tiada sebarang maklumat lanjut mengenai spesifikasi yang dikongsi setakat ini. Jadi, apa pandangan anda? Kongsikan dengan kami! Kekal bersama eRing dan jangan lupa like Facebook kami untuk lebih info terkini.

