Ketirisan Tablet ASUS ZenPad Z8 Dengan Sokongan Qualcomm Snapdragon 650

pic 1Jika diperhatikan, jelas dapat dilihat trend pengeluar pada masa kini lebih menumpukan pembuatan telefon pintar berbanding tablet. Namun begitu, ASUS yang sememangnya terkenal dengan peranti mampu milik keluarannya tidak terus melupakan peranti dari kategori tersebut walaupun lebih mendapat perhatian ramai dengan kemunculan terbaru ASUS ZenFone 3 baru-baru ini.

Menurut sumber yang boleh dipercayai, ASUS nampaknya bakal tampil dengan tablet berukuran 8.0 inci terbaru yang akan dikenali sebagai ASUS ZenPad Z8.

Berdasarkan kepada maklumat awal yang telah didedahkan di laman sosial Twitter, tablet ini dipercayai akan dikuasakan oleh pemproses Qualcomm Snapdragon 650 dengan sokongan resolusi paparan mencecah sehingga 1536×20478 piksel.

Ia juga dikatakan akan menawarkan sokongan memori dalaman sebesar 16GB, RAM berkapasiti 2GB dengan sokongan kamera utama 8 Megapiksel dan 1.8 Megapiksel untuk lensa depan. Namun begitu, tiada sebarang maklumat berkaitan harga dan juga jangkaan tarikh ketersediaan ASUS ZenPad Z8 di pasaran buat masa ini.

 

You might also like