Kemeriahan Peranti Terbaharu Samsung Galaxy S10 Diteruskan

Ulang tahun ke 10 peranti Samsung Galaxy disambut dengan girangnya pada minggu lalu. Ia juga bertepatan dengan pelancaran peranti terbaharu daripada Samsung iaitu Galaxy S10 yang berlangsung di Sky Avenue, Genting highlands.

Seminggu kemudian, rakyat Malaysia teruja kerana dapat merasai sendiri peranti ini walaupun terpaksa beratur panjang ketika roadshow di bandar utama iaitu Kuala Lumpur, Penang dan Johor Bahru. Hari pertama memperlihatkan peminat berbangga kerana dapat memiliki Galaxy S10  dan membawa pulang Galaxy Watch Active dan Galaxy Bud yang bernilai RM1079.

Menambahkan lagi keterujaan adalah Samsung melaksanakan engraving service bagi peranti terbaharunya itu. Bagi menikmati servis ini, pembeli boleh pergi ke Premium Service Centres di Plaza Low Yat di Kuala Lumpur atau di Wisma Bentley Music di Mutiara Damansara bagi mendapatkan Galaxy S10, Galaxy S10+ dan Galaxy S10e dengan rekaan yang ditawarkan.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai roadshow atau peranti Galaxy S10, anda boleh menlayari laman sesawang Samsung.

 

 

 

 

 

You might also like