

Nubia sebuah jenama yang baru bertapak di Malaysia telah membawakan pelbagai jenis telefon pintar dari kelas permulaan sehinggalah ke kelas pertengahan. Bagi meluaskan sayap perniagaan mereka, kini Nubia Malaysia menawarkan sebuah model baru Nubia Z17 Mini untuk di pra tempah.
Pelanggan yang membuat pra tempah Nubia Z17 Mini akan menerima satu skrin pelindung (tempered glass) dan satu sarung pelindung kulit, kedua-duanya bernilai RM199. Selain itu, dalam tempoh promosi pra tempah ini, anda akan diberikan Pelan Perlindungan Peranti Nubia yang melindungi peranti sekiranya paparan pecah, dimasuki air, atau rosak sepenuhnya. Hadiah dan perkhidmatan gantian ini kesemuanya bernilai RM500!

Nubia Z17 Mini kini boleh di pra tempah pada harga RM1,699 termasuk GST. Bagaimanapun, jika pembelian dibuat pada 21 Ogos sehingga 31 Ogos 2017, anda hanya perlu membayar RM1,599 sahaja. Dapatkan Nubia Z17 Mini di laman rasmi atas talian Nubia Malaysia atau laman e-dagang Lazada, Shopee, 11street, DirectD serta kedai-kedai sah Nubia seluruh Malaysia.
Nubia Z17 Mini dilengkapi dwi kamera utama 13 Megapiksel PDAF yang menyokong ciri-ciri Beauty, Monochrome, Time Shuttle, Stereo Camera, Potrait Beauty dan lain-lain. Kebolehan RAM yang besar sehingga 6GB melancarkan lagi prestasi telefon dalam pelbagai tugas. Peranti ini juga dikuasakan oleh set cip Snapdragon 653 serta storan 128GB (microSD sehingga 256GB), dan sambungan USB Type-C. Bagi anda yang berminat, telefon pintar ini hanya boleh didapati dalam pilihan warna Aurora Blue sahaja.


