Micromax Canvas Infinity Dilancarkan Bersama Paparan 18:9 Full Vision

Sudah menjadi ikutan semasa setiap pengeluar berlumba-lumba menghasilkan telefon pintar dengan paparan hampir tiada bingkai. Kali ini, giliran syarikat India, Micromax pula memperkenalkan Canvas Infinity khusus untuk jualan atas talian di Amazon India.

Apa yang menjadi titik penjualan peranti ini ialah, ia dilengkapi dengan paparan 18:9 Full Vision bersaiz 5.77 inci. Ya, LG telebih dahulu menggunakan nama ini pada model Q6, tetapi mungkin pihak Micromax keliru dengan pilihan mereka (agaknya).

Kamera depan yang dimuatkan di bahagian atas hadir dengan sensor 16 Megapiksel Real Time Bokeh bersama ciri Soft flash. Manakala, di belakang pula menyediakan sensor 13 Megapiksel dibantu aperature f/2.0 dan PDAF.

Bagaimanapun, skrin yang dikira besar ini hanya dibekalkan bateri berkapasiti 2,900mAh dan cip pemproses asas Snapdragon 425. Selain itu, Canvas Infinity juga menyediakan memori RAM sebanyak 3GB dan storan seluas 32GB serta sokongan kad microSD. Seterusnya, bagi melengkapkan telefon pintar ini, ia dioperasikan oleh Android 7.1.1 Nougat.

Amazon India menawarkan Micromax Canvas Infinity pada harga INR9,999 (kira-kira RM658) bermula 1 September depan.

You might also like