
Celcom Axiata Berhad hari ini telah memperkenalkan wajah dan suasana baru bagi semua Celcom Blue Cube di Malaysia dalam usahanya untuk menyediakan pengalaman lebih hebat kepada para pelanggan.
Celcom Blue Cube Taman Segar, Cheras merupakan kedai pertama yang tampil berwajah baru. Tujuan utama imej tersebut diperkenalkan adalah untuk memberi lebih keselesaan kepada pelanggan dengan gabungan inovasi terkini serta suasana industri yang lebih moden.

Celcom juga merupakan telco pertama di Malaysia yang memperkenalkan ciri-ciri terkini seperti cetakkan 3D, di mana pelanggan boleh mencuba teknologi yang terkini dan menarik. Manakala anak-anak boleh bermain permainan menarik yang disediakan sementara menunggu ibu bapa menyelesaikan urusan.
Reka bentuk terbaru ini akan diperkenalkan di 61 buah cawangan Blue Cube di seluruh negara pada tahun 2018. Ia bagi memastikan pengalaman hebat dan unik ini dapat dirasai oleh semua pelanggan Celcom.

Selain itu, Celcom juga akan memindahkan beberapa kedai mereka ke kawasan yang lebih komersial untuk kemudahan pengguna mengunjunginya.


