Pengguna Instagram Kini Boleh Sunting Gambar Yang Dihantar Menerusi Direct

Instagram merupakan aplikasi sosial yang sememangnya terkenal di Malaysia yang membolehkan pengguna berkongsi gambar dengan rakan-rakan.

Hari ini, Instagram hadir dengan fungsi baru untuk suntingan gambar yang dihantar menerusi Direct. Apa yang menarik, pengguna boleh sunting gambar yang dihantar, kemudian kongsikan semula kepada rakan-rakan dengan mudah.

Di antara fungsi suntingan yang tersedia adalah meletakkan pelekat, mengubah lakaran, menambah teks serta mengubah ukuran menggunakan mod suntingan yang sedia ada.

Selain itu, anda juga boleh menghadkan berapa kali rakan boleh melihat gambar atau video yang dihantar dengan memilih ‘One View’ ataupun ‘Allow Reply’. Jangan lupa kemas kini Instagram anda untuk menikmati fungsi menarik ini.

You might also like