Acer Revo One Kini Hadir dalam Edisi Terhad Hello Kitty

ac2Bertempat di Hello Kitty Gourmet Cafe Sunway Pyramid, Acer tampil dengan produk terbarunya iaitu Revo One edisi Hello Kitty dan hanya 600 unit ditawarkan di Malaysia. Menampilkan rekaan Hello Kitty yang cantik dan kompak iaitu berukuran 106.5 x 106.5 x 155mm memang sesuai untuk apa jua persekitaran serta tidak memerlukan ruang yang besar. Direka sebagai hub hiburan di rumah, pengalaman sinematik yang hidup daripada Acer Revo One edisi Hello Kitty telah disokong oleh dua ciri paparan (HDMI dan Mini Display Port). Anda boleh memilih model yang menggunakan pemproses Intel CoreTM i3 mahupun atau Intel Celeron dengan memori dalaman sebesar 1TB mahupun 500GB. Kapasiti tersebut boleh dinaik taraf dengan mudah menerusi 4GB DDR3L RAM.

Acer Revo One edisi Hello KittyAcer Revo One edisi Hello Kitty juga menawarkan peningkatan kapasiti tambahan dengan SATA HDD melalui ciri Hot Swapping yang mudah. Sekali gus menjadikan peranti yang menarik dan eksklusif ini benar-benar mempunyai kapasiti besar untuk kegunaan multimedia. Fungsi Acer Revo One Suite pula boleh menukar smartphone Android menjadi alat kawalan jauh untuk komputer peribadi (PC). Acer Revo One edisi Hello Kitty hadir bersama sebuah papan kekunci dan tetikus yang sedondon. Kepada yang berminat, boleh membelinya di cawangan jualan Acer terpilih pada harga bermula RM1,499 termasuk 6% GST.

Dari kiri : Johnson Seet (Acer Malaysia Head of Products) & Jeffrey Lai (Product Manager) bersama Acer Revo One edisi Hello Kitty.
Dari kiri : Johnson Seet (Acer Malaysia Head of Products) & Jeffrey Lai (Product Manager) bersama Acer Revo One edisi Hello Kitty.

 

You might also like